Sabtu, 11 Februari 2017

Keputusan I'dadi & Thanawi

Jumaat, 10 Februari 2017 adalah detik yang mendebarkan bagi pelajar yang menduduki peperiksaan Thanawi dan I’dadi pada tahun 2016. Ini kerana keputusan kedua-dua peperiksaan ini akan diumumkan. Walau bagaimanapun, kesemua pelajar yang mengambil peperiksaan tersebut dapat mengukir senyuman dan menitiskan tangisan kegembiraan apabila mereka mengetahui bahawa mereka telah lulus dengan cemerlang. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.
Supaya kejayaan ini dapat diteruskan lagi pada peperiksaan PT3 dan SPM yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Kami warga SEMARAK mengucapkan TAHNIAH dan SELAMAT MAJU JAYA.


Pelajar bergambar kenang-kenangan bersama Pengetua selepas sesi penyerahan slip keputusan I'dadi 2016



Wajah ceria pelajar bersama Pengetua selepas menerima slip keputusan Thanawi 2016.

"SEMARAK MEMACU HIDUP YANG DICITA"




Ahad, 5 Februari 2017

Ceritera JANUARI 2017



Berikut merupakan aktiviti SEMARAK sepanjang Januari yang lalu:

1. Pendaftaran Pelajar Baru Sesi 2017.

Pada tanggal 11 Januari 2017, seramai 24 pelajar baru telah mendaftar sebagai warga SEMARAK. Turut hadir Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak, Tuan Haji Nasa Bin Kurdi bagi mengalu-alukan kedatangan pelajar baru sesi 2017.




2. Program Transisi

Program Transisi yang dikendalikan sepenuhnya oleh Majlis Perwakilan Pelajar SEMARAK telah diadakan selama 5 hari bermula hari pertama pelajar mendaftar. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan diantara pelajar senior dan pelajar baru di samping memberi pendedahan mengenai persekitaran sekolah dan menyampaikan meklumat daripada pihak sekolah seperti peraturan dan takwim tahunan.





3. Merentas Desa Kali Ke - 6

Program Merentas Desa Peringkat SEMARAK kali ke - 6 telah diadakan pada 13 Januari 2017. Program ini telah melibatkan semua pelajar, guru dan staf SEMARAK dan dirasmikan sendiri oleh tuan pengetua Ustaz Mohd Shu'ah Bin Halim. 



Berikut merupakan senarai pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan :




4. Perginya Sebuah Permata

Jumaat, 13 Januari 2017 ialah hari terakhir buat seorang insan yang banyak berbakti kepada SEMARAK. Beliau ialah Ustazah Syazwana Binti Ismail yang telah berpindah ke  Maahad Tarbiah Islamiah di Terong, Taiping setelah berkhidmat selama 3 tahun di sini.
Jangan lupakan kami di sini ya. Warga SEMARAK mengucapkan jutaan terima kasih dan mendoakan semoga ustazah gembira di tempat baru.

~ SAYONARA USTAZAH WANA ~




5. Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar 

Majlis Perlantikan Perwakilan Pelajar (Pengawas) telah dirasmikan oleh Asp Muhammad Syazman Daniel Roy, Pegawai Siasatan Perundangan Jsj Ipd Kerian. Beliau juga menyampaikan watikah perlantikan kepada para Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, BADAR dan Pengawas Asrama.