Khamis, 27 September 2012

MAKLUMAN TERKINI

Sekarang pihak sekolah sedang dalam menyiapkan kertas kerja
 untuk memohon sumbangan wakaf Al-Quran bagi kegunaan
 harian pelajar tahfiz SEMARAK sebanyak 60 buah. Jumlah dianggarkan 
dalam Rm2,400.Jika ada sesiapa yg berminat untuk memberi 
sumbangan / wakaf bolehlah menghubungi 
No  011-14727151-Ustazah  Nurliza atau 05-8901482 (sekolah) 
sumbangan anda sangat dialu-alukan.

Perkhemahan Unit Beruniform SEMARAK 2012

Alhamdulillah Perkhemahan Unit Beruniform Puteri Islam telah diadakan pada 21-23 September 2012 bertempat di Camp Salak North Sg. Siput Perak


Melibatkan semua pelajar SEMARAK dan diketuai oleh Ustazah Khadijah serta dibantu oleh semua guru SEMARAK,aktiviti ini berlangsung dengan jayanya sehingga ke hari terakhir. Pelbagai aktiviti telah dilakukan bagi mengisi setiap masa di kem ini.Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti dalam tentatif program dibawah :

1.Pembahagian Kumpulan/Aktiviti Perkhemahan

2. LDK 1


3. Asas Tali /Asas Kayak


4. Asas Pertolongan Cemas



5. Berkayak 



6. Ikhtiar Hidup 



 7.Abseiling


8. LDK 2 :Kotak Jahitan/Gubahan Bunga



9. Kepimpinan Puteri


10. Tazkirah
 

11. Majlis Penutup



Santai


Selasa, 4 September 2012

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE 55

Pada 30 Ogos 2012,SEMARAK telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 buat pertama kalinya. Pada majlis ini  turut disampaikan hadiah kepada para pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan sepanjang Bulan Kemerdekaan.




Merdeka!!!Merdeka!!! Merdeka!!!

Senarai Pemenang

Pertandingan Kuiz Sejarah
  1. Siti Nur Ain Binti Fauzi
  2. Nur Anasuha Binti Zuraimi
  3. Basirah Binti Mohd Zafri
Pertandingan Mewarna 
  1. Khairul Amirah Binti Abdul Kadir
  2. Nur Nabila Binti Mohd Khairizi
  3. Nur Nabilah Binti  Abdul Aziz
  4. Nurul Anis Suhana Binti Badrun
  5. Nur Balqis Binti Baharom
Pertandingan Melukis Poster
  1.  Siti Nur Ain Binti Fauzi
  2.  Basirah Binti Mohd Zafri
  3. Siti Nur Umairah Binti Hasan Basri
Model Kemerdekaan
  1.  Siti Nur Umairah Binti Hasan Basri (Abdul Rahman Limbong)
  2.  Siti Nur Ain Binti Fauzi (Mat Kilau)
  3.  Nur Nabila Binti Mohd Khairizi (Tunku Abdul Rahman Putra)

 Wajah-wajah para pemenang

Isnin, 3 September 2012

SEMARAK JALUR GEMILANGKU"


 Alhamdulillah Bendera Malaysia telah berjaya disiapkan oleh warga SEMARAK buat kali pertamanya untuk Sambutan Hari Kemerdekaan ke 55.

 Proses Pembuatan Bendera

 Hasilnya 

 
Terbaik!!!
Info Sejarah Bendera Malaysia

*Bendera Malaysia pada asalnya ialah bendera Persekutuan Tanah Melayu yang mula digunakan dengan rasminya pada 26 Mei 1950. 

*Hasil ciptaan seorang arkitek kerajaan di Johor, Mohamad Hamzah telah terpilih tetapi dibuat beberapa perubahan pada reka bentuk asalnya.

* Antara perubahan yang dibuat ialah menukar warna putih pada bulan dan bintang kepada warna kuning untuk melambangkan warna diraja bagi raja-raja Melayu dan juga menambah bucu bintang kepada 11 untuk mengambil kira jumlah negeri yang ada dalam Persekutuan Tanah Melayu.  

*Pada 9 Julai 1997, jemaah menteri telah bersetuju supaya bendera Malaysia diberi nama ‘Jalur Gemilang
  ~ Secara ringkasnya, perkataan ‘jalur’ dalam nama Jalur Gemilang melambangkan jalur pada bendera yang menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju serta arah yang sama yang diikuti oleh rakyat negara ini manakala ‘gemilang’ pula melambangkan keadaan yang bercahaya, terang-benderang dan cemerlang.
   ~ Oleh itu, Jalur Gemilang adalah lambang aspirasi rakyat Malaysia dalam mengharungi kemajuan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi membina sebuah negara yang cemerlang gemilang dan terbilang.