Rabu, 18 April 2012

Majlis Kesyukuran dan Majlis Perpisahan

Satu majlis bbq dan bacaan Yassin telah  diadakan sebagai tanda kesyukuran diatas penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 yang diterima oleh Ustaz Mahd Isa Bin Syarif iaitu penolong kanan sekolah ini.Selain itu, majlis ini turut meraikan Nor Hannani Binti Hamdi dan Atirah Binti Ul Ul Azmin  yang telah memberikan khidmat sebagai  guru ganti bagi matapelajaran Al-quran di sekolah ini selama hampir tiga bulan. Jasa guru-guru ini amat berharga kepada pihak sekolah terutama para pelajar bagi membantu dalam hafalan Al-quran.

 Orang Kuat majlis ;)

 Pelajar pun nak memasak gak...
 Seriusnya muka Cikgu Faizal

 Ustaz Faizal (ditengah) keluarga baru di Tahfiz Kerian

 Pengetua tunjuk bakat membakar ayam ;)


 Berpakat dah nie nk pakai baju warna Hijau ;)




 Terima Kasih -Ustazah Hannani
 Terima Kasih- Ustazah Atirah

KeLaS BaHaSa ManDaRiN

Bermula pada 15 April 2012,pihak sekolah telah membuka kelas tuisyen Bahasa Mandarin kepada pelajar sekolah ini.Kelas Bahasa Mandarin ini diajar oleh Puan Hafizah Binti Abdullah @ Ho Lay Cheng yang merupakan salah seorang guru di Sek. Keb. Jalan Matang Buluh,Bagan Serai. Kelas tuisyen ini diadakan setiap hari Ahad dari pukul 9.00 pagi hingga 10.30 pagi.

ketika sesi pembelajaran


 Para Pelajar  bersemangat belajar Bahasa Mandarin

 Pandang depan..pandang depan!!!! :-)



Sangat Beruntung para pelajar ini...

Jumaat, 13 April 2012

Sesi Kelas Renang

Pada 11 April 2012,Sesi kelas Renang untuk kali kedua telah dilakukan
 di Suria Apartment Bukit Merah.
 Untuk sesi kedua ini para pelajar menunjukkan minat dengan lebih serius untuk 
mempelajari teknik-teknik berenang dengan betul.

 dapat air..muka semua gembira


memcuba menggunakan goggle

 semua memberi tumpuan ketika sesi pembelajaran renang

 Latihan secara intensif :-)

 beraneka warna dan corak  renang board.

 Penerangan dari jurulatih 


berusaha untuk berenang

Selasa, 3 April 2012

Suntikan Pelalian HPV

Pada 2 April, wakil dari Klinik Kesihatan Semanggol telah hadir ke sekolah untuk memberikan suntikan Pelalian HPV kepada para pelajar. Maklumat lanjut mengenai Suntikan Pelalian HPV boleh dilihat di dalam gambar di bawah:


  
 ketika suntikan dilakukan:  


 Menunggu Giliran untuk disuntik



 Bersiap sedia!!!
  Hati berdebar-debar menunggu giliran....

 Jururawat memeriksa dahulu tangan sebelum memnberikan suntikan